09 July 2015

Resepi Bar Bounty paling simple


May peace be upon you,

Macam mana dengan puasa hari ini? Rasa sekejap sangat kan dah nak habis puasa. Tskk tskk..
Dah nak dekat raya ni belum ada kuih raya? Apa? hehe jom terjah resepi senang lagi sedap ni!

Bahan-bahan:

400g Coklat masakan - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain yang penting sedap!
Kelapa kering/parut
Susu pekat manis


Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler

2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak je berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan yang kita buat tu tak terlalu basah dan tak terlalu kering.

3. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit

4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

5. Siap!


Senanggg sangat kannnn. Sambil tidur pun boleh gumpal (okay tipu je)
Jom jadikan biskut raya tahun ni. Selamat mencuba :)


[Source: Internet]


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...